Thursday, June 19, 2008
Wednesday, June 18, 2008
Tuesday, June 17, 2008
SK Bandar Baru Putera
Gembira bersama rakan-rakan sekolah menuju ke asrama.
Ketua pelajar mengiringi peserta yang lain.
Kem KPerak Kidz - 3
Program tetap diteruskan.Kali ini, KPerak INC telah memberi peluang kepada peserta dari Daerah Kinta. Kesemua peserta telah mendaftar pada masa yang ditetapkan. Setelah mendaftar dan berehat, pada jam 5.00 petang taklimat perkhemahan diteruskan. Taklimat ini amat penting, agar guru-guru pengiring dapat memahami pendekatan program ini secara langsung. Tanpa wakil dari KPerak INC taklimat dan ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Cik Fauziyah selaku Pengurus Program. Alahamdulillah. Semoga perjalanan program dipermudahkan lagi. Insya Allah.
Sekolah Kem Ke-2
- SK CHENDERUNG KELUBI
- SK SG PERAH
- SK TITI GANTONG
- SK TELOK BAKONG
- SK BAKONG
- SK KOTA SETIA
- SK SELAT PULAU
- SK SEBERANG PERAK
- SK PULAU JUAR
- SK SUAK PADI
- SK SRI CHANGKAT
- SJK (T) LADANG GLENEALY
Monday, June 16, 2008
Luar Biasa?!?
Mari kita berkongsi cerita. Sesetengah orang, ia akan berfikir benda dan perkara yang sama setiap hari. Kenapakah mereka tidak berusaha untuk membuat sesuatu yang lain dari yang lain. Kenapa mereka tidak mahu keluar dari kebiasaan. Mampu kah mereka merancang sesuatu yang luar biasa. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Renung-renungkan...........
Wednesday, June 11, 2008
Tuesday, June 10, 2008
Kem KPerak Kidz - 2
Berbeza pula dengan kem yang pertama, daerah Perak Tengah hanya memiliki 3 buah sekolah Orang Asli sahaja. Jadi, majoriti peserta terdiri daripada golongan pelajar luar bandar. ari sekolah luar bandar dan orang asli daerah Perak Tengah telah mendaftar diri pada 10 Jun 2008.
Pendaftaran Peserta
Segak bergaya dengan pakaian sekolah. Mungkin apa yang mereka rasakan sekarang. Setiap langkah mesti disusuli dengan pertanyaan. Budak-budak. Masih kecil dan muda. Antara soalan yang akan hinggap di kotak fikiran mereka adalah...(1) Siapakah yang berpakaian hitam itu?
(2) Besarnya kawasan program ni? (3) Nak tido dimana?? (4) Fuyoo!!! Banyak nyer Komputer... Akhirnya barulah mereka tahu mengenai program yang bakal mereka tempoh dalam beberapa hari ini.
Fasilitator yang bertugas akan mengiringi peserta dari tempat mendaftar sehinggalah ke tempat penginapan. Peserta akan dikenalkan dengan keadaan sekitar dari makluman fasilitator berkenaan.
Ice Breaking
Kidz & Teacher
Gembira, Bersemangat dan saling bekerjasama diantara satu sama lain. Semua ini berjaya di pupuk didalam diri setiap pelajar dan guru walaupun untuk kali pertama bertemu muka. Ini yang dinamakan semangat setiakawan dan jati diri bagi semua peserta.
Program team building untuk guru pada hari pertama baru diperkenalkan. Ia bagi memudahkan guru-guru mengenali rakan-rakan pendidik yang lain. Mungkin ada guru-guru yang saling mengenali diantara satu sama lain, berikutan lokasi sekolah yang berdekatan. Namun perkenalan itu akan jadi lebih mesra lagi. Terdapat 3 kumpulan besar, yang berlainan personaliti. Ada yang suka ini tidak suka yang itu. Ada yang suka itu dan tidak suka yang ini. Itulah kelebihan test ini. Guru-guru juga perlu tahu sikap pelajar yang dihadapi disekolah. Agar ia mudah untuk mengawalselia pembelajaran dikelas.
Aktiviti yang kedua. Nampak memang sukar. Tapi bila dah buat aktiviti ni, baru kita sedar. Yang lutut sakit daaa... Sebab kena naik turun, naik turunkan batang paip tu. Wah! wah! memang hebat. Kami fasilitator, tidaklah menyusahkan guru-guru. Ia umpama exercise jer... Guru-guru diminta bekerjasama dan seipakat untuk menurunkan beban yang diberikan. Percaya atau tidak, guru-guru mampu melakukan yang TERBAIK. TAHNIAH!!!