Thursday, June 19, 2008

Koleksi Istimewa

Wednesday, June 18, 2008

Sokongan Keluarga

Meriah kan!!! Inilah dia, komitmen dari guru dan sokongan keluarga. Walaupun jauh, mereka tetap memberikan dorongan untuk anak-anak mereka. Terima kasih ibu dan bapa.

Tanggungjawab dan Amanah....

SEIRING DAN SEJALAN..... BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING.
Tanpa berkira, tanpa mengira mengorak langkah bersama-sama

Pendaftaran SJK(T) Tronoh

Cikgu mengisi borang pendaftaran pelajar. Guru yang perihatin.....

Daftar disini ke??? Nak kene isi borang ini???

Tuesday, June 17, 2008

SK Bandar Baru Putera


Gembira bersama rakan-rakan sekolah menuju ke asrama.

Ketua pelajar mengiringi peserta yang lain.

Sibuk mengangkut beg dan peralatan masing-masing.
Guru pun turut membantu.
Group pilihan bergambar bersama fasilitator.

Kem KPerak Kidz - 3

Pendaftaran Peserta
Program tetap diteruskan.Kali ini, KPerak INC telah memberi peluang kepada peserta dari Daerah Kinta. Kesemua peserta telah mendaftar pada masa yang ditetapkan. Setelah mendaftar dan berehat, pada jam 5.00 petang taklimat perkhemahan diteruskan. Taklimat ini amat penting, agar guru-guru pengiring dapat memahami pendekatan program ini secara langsung. Tanpa wakil dari KPerak INC taklimat dan ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Cik Fauziyah selaku Pengurus Program. Alahamdulillah. Semoga perjalanan program dipermudahkan lagi. Insya Allah.

























Sekolah Kem Ke-2

Kem KPerak KIdz 2008 (2)
Tarikh : 10 - 14 June 2008
Tempat : Kem Dato Sagor, Kg Gajah, Perak
Daerah : Perak Tengah

  1. SK CHENDERUNG KELUBI
  2. SK SG PERAH
  3. SK TITI GANTONG
  4. SK TELOK BAKONG
  5. SK BAKONG
  6. SK KOTA SETIA
  7. SK SELAT PULAU
  8. SK SEBERANG PERAK
  9. SK PULAU JUAR
  10. SK SUAK PADI
  11. SK SRI CHANGKAT
  12. SJK (T) LADANG GLENEALY

Monday, June 16, 2008

Luar Biasa?!?


Mari kita berkongsi cerita. Sesetengah orang, ia akan berfikir benda dan perkara yang sama setiap hari. Kenapakah mereka tidak berusaha untuk membuat sesuatu yang lain dari yang lain. Kenapa mereka tidak mahu keluar dari kebiasaan. Mampu kah mereka merancang sesuatu yang luar biasa. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Renung-renungkan...........

Wednesday, June 11, 2008

Senaman Pagi - Gaya Hidup Sihat



Berat mata memandang, berat lagi tanggungjawab yang disandang. Inilah tugas dan tanggungjawab guru. Perihatin demi tugas. Namun apa jua latarbelakang ia tetap dilaksanakan dengan 'IKHLAS"....


















Tuesday, June 10, 2008

Group Photo

Kem KPerak Kidz - 2

Alhamdulillah berkat kesungguhan semua. Serta dorongan dan kerjasama semua Program ini kembali lagi. Kem KPerak Kidz yang ke-2, melibatkan penyertaan dari Daerah Perak Tengah. Walaupun kedudukan sekolah dan tempat kursus berdekatan, guru-guru dan pelajar menunjukkan komitmen yang padu sehingga ke penghujung kem.
Berbeza pula dengan kem yang pertama, daerah Perak Tengah hanya memiliki 3 buah sekolah Orang Asli sahaja. Jadi, majoriti peserta terdiri daripada golongan pelajar luar bandar. ari sekolah luar bandar dan orang asli daerah Perak Tengah telah mendaftar diri pada 10 Jun 2008.

Pendaftaran Peserta

Segak bergaya dengan pakaian sekolah. Mungkin apa yang mereka rasakan sekarang. Setiap langkah mesti disusuli dengan pertanyaan. Budak-budak. Masih kecil dan muda. Antara soalan yang akan hinggap di kotak fikiran mereka adalah...(1) Siapakah yang berpakaian hitam itu?
(2) Besarnya kawasan program ni? (3) Nak tido dimana?? (4) Fuyoo!!! Banyak nyer Komputer... Akhirnya barulah mereka tahu mengenai program yang bakal mereka tempoh dalam beberapa hari ini.

Fasilitator yang bertugas akan mengiringi peserta dari tempat mendaftar sehinggalah ke tempat penginapan. Peserta akan dikenalkan dengan keadaan sekitar dari makluman fasilitator berkenaan.



Ice Breaking
Kidz & Teacher

Gembira, Bersemangat dan saling bekerjasama diantara satu sama lain. Semua ini berjaya di pupuk didalam diri setiap pelajar dan guru walaupun untuk kali pertama bertemu muka. Ini yang dinamakan semangat setiakawan dan jati diri bagi semua peserta.

Program team building untuk guru pada hari pertama baru diperkenalkan. Ia bagi memudahkan guru-guru mengenali rakan-rakan pendidik yang lain. Mungkin ada guru-guru yang saling mengenali diantara satu sama lain, berikutan lokasi sekolah yang berdekatan. Namun perkenalan itu akan jadi lebih mesra lagi. Terdapat 3 kumpulan besar, yang berlainan personaliti. Ada yang suka ini tidak suka yang itu. Ada yang suka itu dan tidak suka yang ini. Itulah kelebihan test ini. Guru-guru juga perlu tahu sikap pelajar yang dihadapi disekolah. Agar ia mudah untuk mengawalselia pembelajaran dikelas.

Aktiviti yang kedua. Nampak memang sukar. Tapi bila dah buat aktiviti ni, baru kita sedar. Yang lutut sakit daaa... Sebab kena naik turun, naik turunkan batang paip tu. Wah! wah! memang hebat. Kami fasilitator, tidaklah menyusahkan guru-guru. Ia umpama exercise jer... Guru-guru diminta bekerjasama dan seipakat untuk menurunkan beban yang diberikan. Percaya atau tidak, guru-guru mampu melakukan yang TERBAIK. TAHNIAH!!!