Thursday, May 29, 2008

Sekolah-Sekolah Kem Pertama

Kem KPerak KIdz 2008
Tarikh : 12 - 16 May 2008
Tempat : Kem Dato Sagor, Kg Gajah, Perak

  1. SK POS BERSIH
  2. SK POS GEDONG
  3. SK POS TENAU
  4. SK RPS JERNANG
  5. SK BATU 14
  6. SK BATU 7
  7. SK KUALA SENTA
  8. SJK (C) PHIN MIN
  9. SJK (T) LADANG KELAPA BALI
  10. SK AYER KUNING
  11. SK KG POH

Friday, May 23, 2008

Selamat Hari Guru!!!


Kenapa kita disini? Bagaimana kita boleh disini? Bila kita disini? Pernahkah kita sama-sama menanyakan semua ini pada diri sendiri. Ada segelintir dikalangan kita yang sering muhasabah diri. Terdapat juga yang terus alpa.
Bagi seseorang individu berpendapat, kejayaan sekarang adalah usaha dan azam dari yang terdahulu. Kita tidak terus dilahirkan berjaya atau terus jadi kaya raya seperti sekarang. Semua itu atas usaha. Siapakah penyuntik semangat agar kita terus berusaha. Siapakah yang tak henti-henti mengingatkan kita. Belajar, Belajar. Siapkan kerja sekolah. Ulangkaji pelajaran dimasa lapang. Siapakah mereka. Adakah kita masih ingat???
Orang yang paling rapat dengan kita. Selain ibu bapa... "GURU". Pernahkah kita lupa akan guru kita. Seseorang yang sanggup membakar diri sendiri untuk menerangi yang lain. Begitu besar pengorbanan seorang guru. Kau umpama lilin. Sentiasa bercahaya. Tidak akan ada barisan fasilitator yang gah berdiri didalam Kem ini tanpa dorongan dan didikan guru-guru semua. Berkat usaha dan doa kami sama-sama telah berjaya. Terima kasih Guru-Guru. Khusus bagi guru di Seluruh Negeri Perak.

Ucapan ikhlas dari barisan fasilitator : Selamat Hari Guru.

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Friday, May 16, 2008

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah


Hadiah untuk Pemenang


Hadiah untuk Peserta Terbaik


Pengerusi Majlis


Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kem KPerak Kidz

- Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran wakil dari KPerak INC Corporation iaitu Puan Nor Afidah Bt Abdullah. Ia dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan seterusnya ucapan dari Puan Nor Afidah Bt Abdullah. Seterusnya majlis penyerahan sijil serta hadiah kepada pemenang-pemenang.

Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Program 5 hari 4 malam kini kian mengundur diri. Hubungan yang baru terjalin akan berterusan. Pelajar semua telah dilatih menggunakan komputer dan mendaftar email masing-masing. Jadi kesedihan akan terubat sekiranya dapat berutus email dengan pelajar, guru atau fasilitator masing-masing. Dengan kerjasama guru-guru dan pihak sekolah, mereka mampu menjayakan sesuatu program yang lebih bagus di sekolah kelak.
Harapan pihak pengurusan kem, agar semua peserta berpuas hati dengan komitmen yang diberikan. Walaupun hanya seketika cuma, berkongsi pengalaman dengan guru-guru. Guru-guru ada yang memahami dan sanggup berkorban masa demi sama-sama menjayakan program ini.
Sekalung penghargaan buat semua guru-guru dan peserta Kem KPerak Kidz yang pertama. Semoga Maju Jaya.

Explorace Hijau

Pedih mataku, rileks-rileks.......................Strategi kumpulan masing-masing

Ini amanah.. Jaga betul-betul!!
...........Dirumah tak pernah buat pun...hwaaa!!

Guru yang sporting,
..............................Begini Betul tak abg azrin?!?
susunannya...

Banyak pulak tugasan nie, bile
..................Pencarian misteri...
nak menang ni oii......

Apa nak tulis niE? Tolong ler...
...................Cepat-cepat tulis, adik..

Larian yang terpantas ....ish ish
................Cari port di mana-mana pun boleh

Kreativiti seorang guru
............................Sibuk siapkan tugasan!!!
yeah! yeah!

Explorace Hijau ini merupakan konsep baru bagi Kem KPerak Kidz ini. Program ini secara dasarnya dapat mengaitkan proses pembelajaran didalam kelas dan diluar. Aktiviti yang yang disusun atur aman seimbang. Sesuai untuk kanak-kanak. Ia juga menitikberatkan minat dan juga waktu rehat bagi pelajar-pelajar.

Bagi golongan guru-guru pula ada yang mengambil masa ini untuk sama-sama beriadah dengan peserta yang lain. Serta ada juga guru-guru yang mengambil masa petang untuk "bersantai" sambil menikmati kehidupan semulajadi :)

Tuesday, May 13, 2008

Bersukan Menyihatkan Badan dan Minda!!!

Hi!! mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengikut dari makluman Program Celik ICT. Tapi bila dah sertai kem ini, macam-macam ada. Inilah yang nak hebahkan pada semua, mengenai keunikan kem ini. Walaupun 70% kelas merangkumi pembelajaran ICT, namun kita tidak akan lupa kepada keperluan dan kemahuan peserta-peserta yang kecil dan comel ini. Mereka akan rasa lebih selesa sekiranya dapat sama-sama bermain atau beriadah bersama teman-teman seperjuangan yang lain.

Peserta akan diberi masa 45min pada sebelah petang untuk aktiviti riadah dan sukaneka. Mereka juga turut dapat merapatkan lagi ukhwah yang terjalin dalam masa beberapa hari sahaja. Penglibatan semua pihak menjadikan sepanjang program lebih menyeronokkan dan bersemangat!!!

Persembahan Multimedia

** Gambar diatas : Peserta menumpukan perhatian serta memberi sokongan kepada persembahan rakan - rakan dari sekolah yang berlainan. Mereka mewakili persembahan OpenOffice.org Impress mewakili sekolah mengikut daerah. Tahniah Adik-adik!!!

Adakah kita sedar atau tidak. Adakah kita lupa atau alpa. Inilah reliati dan hakiki. Pepatah ada menyatakan. Melentur buluh biar dari rebungnya. Adakah kita semua faham dan tahu kata-kata pepatah tersebut. Benar kata orang. Mendidik,mengajar dan melatih anak itu biar dari kecil. Didiklah sebaik yang mungkin. Mereka umpama kain putih bersih yang tiada tahu apa. Setuju bukan?!!. Ya kita mengiakan sama-sama.

Mampukah mereka bercakap dengan begitu yakin? Mampukah mereka untuk memberi persembahan yang menarik pada rakan-rakan yang lain. Kini, di Kem KPerak Kidz kami telah membuktikan sesuatu. SESUATU?!? Ya, sesuatu. Pelajar-pelajar orang asli dan pelajar luar bandar mampu untuk menyiapkan latihan OpenOffice.org Impress dengan penuh yakin dan bertenaga. Mereka hanya diberi masa satu hari untuk membuat persediaan. Mereka juga turut dibantu oleh fasilitator dan guru-guru yang lain.

Ada juga guru-guru dari sekolah memberikan galakan dan dorongan semasa pelajar-pelajar membuat persembahan di hadapan kelas. Guru tetap menjadi tulang belakang kepada kejayaan pelajar-pelajar. Terima kasih Cikgu!!!

Kelas Kemahiran ICT

Alhamdulillah, selesai sahaja proses pendaftaran ....... semua peserta dibentukkan kepada beberapa kumpualan yang majmuk. Yang mana ahli kumpulan terdiri dari pelbagai sekolah yang turut hadir. Mula-mula tu, memang agak kekok untuk bergaul antara satu sama lain. Lagipun mereka memang tidak pernah kenal diantara satu sama lain pun. Nama lagi "budak-budak kan".

Selesai sahaja hari pertama, mereka kini berjuang untuk hari berikutnya. Apa kita tahu, mereka semua sihat pada hari seterusnya. Syukur, semua peserta sihat dan bertenaga. Hari pertama di kelas, memang menakjubkan. Peserta begitu bersemangat sekali. Wah!!!

Satu jam setengah kelas pembelajaran ICT, peserta akan diberi masa untuk membuat latihan kenderi. Pakar akademik mengatakan, latihan amali selain dari teori mampu meningkatkan pemahaman seseorang pelajar. Disamping membuat latihan di komputer masing-masing, pelajar-pelajar juga dilatih menjadi trainer junior dihadapan kelas. Mudah-mudahan apabila mereka kembali kesekolah mereka mampu memberi tunjuk ajar kepada guru dan rakan-rakan disekolah. Insya Allah...


Adik-adik tekun melayari internet. Kaedah pencarian menggunakan internet, menarik minat pelajar.

Pemilihan sekolah luar bandar memberi peluang kepada pelajar dari pelbagai jenis bangsa untuk menyertai kem ini.

Monday, May 12, 2008

Ice Breaking - Tautan Mesra

Menakjubkan!!! Pelik tapi inilah realiti. Mereka ini tidak saling kenal mengenali. Tidak juga tahu latar belakang masing-masing. Apa yang mereka tahu, mereka telah diberikan tugasan dalam kumpulan. Mahu atau tidak, tugasan itu perlu disiapkan.
Dengan mengenepikan segala rasa malu dan rendah diri, masing-masing berusaha bersama-sama. Gambar dibawah menunjukan bagaimana sekumpulan pelajar orang asli bekerjasama dengan pelajar dari sekolah luar bandar. Tiada apa yang memisahkan mereka. Sebenarnya mereka juga mampu melakukan apa sahaja. Apa sahaja. Ya apa sahaja yang disuruh pasti mereka akan berusaha untuk lakukan. Tapi mereka perlukan peluang. Peluang yang terhad. Terhad kepada mereka. Mungkinkah mereka masih kecil. Renung-renungkanlah bersama.......

Kem KPerak Kidz - 1

"Semua sudah Sedia"??
Sudah!!!! Itulah ungkapan pertama barisan pengurusan KPerak Kidz. Jam 9.00 pagi kesemua fasilitator sudah bersedia di bahagian masing-masing. Ada yang bertugas dibahagian pendaftaran, lalulintas dan juga kebajikan peserta. Semuanya telah bersiap sedia menanti kedatangan peserta-peserta yang terpilih. Hahaha mari kita saksikan rentetan cerita di sebalik Program KPerak Kidz ini.

PENDAFTARAN PESERTA
Langkah Pertama Penuh Bergaya...
Penuh Keazaman Mendukung Cita-Cita
Kebanggaan Sekolah, berpakaian seragam.

Diminda penuh dengan debaran dan tanda tanya?!?

Tiga sekawan, berjalanan seiringan

Sunday, May 11, 2008

Urusetia @ Fasilitator

Perspektif Fasilitor KPerak Kidz Camp

Setiap program yang dijalankan, pasti memerlukan barisan pengurusan yang mantap dan efisyen. Biarpun bilangan urusetia hanya 10 orang sahaja. Namun, pihak pengurusan mampu melakukan yang terbaik untuk menjaga imej serta kualiti program ini.


Oh Ya!!! mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa itu urusetia dan apa pula fasilitator. Tiada bezanya pun. Kedua-duanya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama. Fasilitator lebih kepada "Pemudahcara". Setiap fasilitator mempunyai tugasan umum dah tugasan yang khusus bagi setiap kem yang dijalankan.

Siapakah fasilitator itu?

Barisan fasilitator ini, akan dilantik secara sambilan mengikut kem yang akan dijalankan. Fasilitator ini akan menjalani sesi temuduga dan akan menjalani proses induksi sebelum dibenarkan untuk menyertai pasukan pengurusan. Sasaran fasilitator ini, adalah daripada golongan graduan yang belum bekerja, serta penduduk kampung sekitar yang ingin membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga. Penekanan atau syarat untuk menyertai pasukan pengurusan Kem KPerak Kidz ini, mereka perlulah memiliki sekurang-kurangnya asas penggunaan komputer.

Sebelum Kem Bermula. Tugasan Fasilitator???

Fasilitator akan diminta untuk melapor diri 2 hari sebelum kem bermula. Mereka akan diberitahu mengenai perjalanan kem, disiplin serta pendekatan program ini secara langsung. Dalam masa tempoh 2 hari itu juga, fasilitator akan menyiapkan ruang pembelajaran atau lebih mudah dikatakan dengan "kelas komputer". Ruangan yang besar dan akan dilengkapi dengan peralatan komputer dan kemudahan internet untuk keselesaan pesertaa. Keadaan dalaman dan luaran dewan juga akan dihiasi dengan seni dekorasi yang menarik agar ia akan menarik serta menjadi suasana pembelajaran yang menyeronokkan!!!!!

Peranan fasilitator semasa Kem?

Setiap fasilitator akan dipertanggungjawab untuk setiap sekolah. Setiap sekolah yang menyertai akan dikawalselia malah peserta tersebut akan dibantu oeh fasilitator setiap masa. Setiap kali kem berlangsung, 10-15 orang fasilitator. Sebaik sahaja sesi pembelajaran ict selesai, fasilitator juga bertindak menjalankan aktiviti riadah serta LDK untuk peserta. Boleh dikatakan fasilitator = serba boleh. (Pelik tetapi Benar)

Mula Sesuatu Itu...

YES!!! Akhirnya ia kian menjadi realiti. Penyelidikan, persiapan malah persediaan dari segi fizikal dan mental sudah cukup lama untuk Program ini. Sejak tercetusnya idea mengenai kem ini, pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing. Ada juga yang terlibat dari segi logistik, peralatan, komunikasi dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Paling mengembirakan lagi, apabila program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Yayasan Perak. Segalanya mungkin terjadi ........ yang penting wujud sikap kerjasama. Ya itu yang penting demi anak bangsa!!!
Barisan fasilitator telah bersiap sedia. Urusan penginapan, makanan dan peralatan komputer juga sudah siap sedia. Hanya memerlukan masa beberapa hari sahaja, untuk persiapan kawasan Program. Lega. Semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Pendekatan Asas


  • INDOOR
  • PEMBELAJARAN ICT
  • ASAS URUS NIAGA
  • MOTIVASI JATIDIRI
  • KEROHANIAN
  • OUTDOOR
  • SENAMAN PAGI
  • RIADAH / SUKANEKA

Saturday, May 10, 2008

Apa yang Diajar ?!?

KPerak INC Corporation menggalakan agar program yang dijalankan menggunakan Perisian Sumber Terbuka. Mungkin masih ada lagi, masyarakat atau golongan yang ada diluar sana masih tidak tahu mengenai kebaikan dan kegunaan sumber terbuka.

Peringkat permulaan, pihak KPerak memperenalkan Perisian Sumber Terbuka iaitu OpenOffice.org. Ia mengandungi aplikasi sepert OpenOffice.org Writer, OpenOffice.org Calc, OpenOffice.org Draw dan OpenOffice.org Impress.

Kini ia diteruskan lagi dengan penggunaan yang terbaru iaitu IBM Lotus Symphony. Perisian ini juga merupakan salah satu sumber terbuka.

APA itu SUMBER TERBUKA...

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama

Definisi Sumber Terbuka

Pengenalan

Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Bebas Untuk Pengedaran Semula

Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu. 2. Kod Sumber

Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.

3. Sumber Kerja Asal

Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal. 4. Integriti Pencipta Kod Sumber

Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.

5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan

Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.

6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

7. Pengedaran Lesen

Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu. 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk

Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.

9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral

Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_bebas

Pemilihan Tempat

** Kem Dato Sagor, Kg Gajah, Perak Darul Ridzuan **

Lokasi Program Kem KPerak Kidz, ini adalah kerana ia jauh dari kesibukan kota; sebagai membuktikan keupayaan ICT menghubungkan insan ke seluruh pelusuk dunia tidak kira di mana mereka berada dan membuktikan bahawa sempadan geografi tidak lagi menjadi penghalangnya. Ia sekaligus menjana inspirasi insan untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi. Lokasi yang jauh dari kota adalah gambaran terbaik untuk kenyataan bahawa ICT bukanlah sesuatu yang hanya untuk lokasi yang sedia maju semata-mata. Selagi wujudnya sambungan internet, “Dunia pasti di hujung Jari Anda!!!” ... Segalanya MUNGKIN....

*********************************************************************************

Asrama Peserta ( Guru / Pelajar )

*********************************************************************************
Dewan Besar / Kelas Komputer

*********************************************************************************
Surau / Aktiviti Kerohanian

*********************************************************************************
Tapak Riadah

*********************************************************************************
Lain-lain Kemudahan

*********************************************************************************

Sasaran


Sasaran Program Kem KPerak Kidz adalah kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada pelajar sekolah luar bandar dan pelajar sekolah orang asli. Selain itu juga, program ini mampu menguatkan lagi keyakinan diri peserta terhadap penggunaan teknologi dalam kegunaan seharian mereka kelak.
Mereka juga disuntik dengan semangat kepimpinan, jati diri serta membentuk keyakinan pada diri sendiri. Malah mereka juga, mampu mengalami perubahan walaupun dalam masa yang singkat. Segalanya mungkin, dengan sokongan serta galakan dari semua pihak.

Objektif Program


  • Menyahut seruan kerajaan dalam proses pembangunan modal insan
  • Menerapkan penggunaan ilmu ICT yang berterusan bagi pesertapedalaman
  • Memupuk jatidiri dan pembentukan peribadi cemerlang daripada awal usia
  • Menjana keyakinan diri, idea bijak dan semangat jitu dari kalangan peserta
  • Membimbing peserta menetapkan matlamat hidup untuk cemerlang dalam pelajaran terutama dalam bidang ICT
  • Mendedahkan peserta kepada kreativiti dan asas bidang ICT dan keusahawanan.

Inisiatif KPerak INC Corporation

Pengenalan Kem KPerak Kidz

Masyarakat kita kini mulai sedar mengenai kepentingan MODAL INSAN untuk pembangunan sahsiah dan demi kemajuan negara bersama. Atas kesedaran inilah, pihak KPerak INC Corporation menyahut seruan ini dan tidak mahu sama sekali ketinggalan dalam menyumbangkan sesuatu yang positif dan optimis demi memupuk jatidiri cemerlang bermula dari peringkat kanak-kanak lagi selaku pewaris bangsa suatu hari nanti.

Keperluan dalam menuntut ilmu pada masa kini, tidak mengira jarak mahupun sempadan daerah dan waktu. Lantaran itu juga, pelbagai idea baru wujud dalam konteks pembelajaran yang mana kemudahan menuntut ilmu perlu dibawa kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Program seumpama ini menjadi titik tolak kepada KPerak INC Corporation untuk menjadi Penggerak ICT dikalangan masyarakat Khususnya bagi pelajar-pelajar di Negeri Perak ini. Inisiatif KPerak 2010 untuk merapatkan jurang kemiskinan digital antara masyarakat Perak akan menjadi realiti dengan adanya Program-program masyarakat seumpama ini.

Program Kem KPerak Kidz merupakan program kesedaran pembelajaran dan kesedaran ICT kepada pelajar-pelajar luar bandar dan juga pelajar-pelajar Orang Asli di Negeri Perak. Penerapan konsep pembelajaran berterusan dalam diri pelajar dan guru-guru, ia mampu membantu meningkatkan penggunaan ilmu ICT dalam kehidupan seharian.

Friday, May 9, 2008

Untuk Semua


Ucapan yang cukup indah dan mesra untuk semua. Diharap blog ini mampu untuk memberi peluang kepada guru-guru,adik-adik serta pembaca semua berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Renung-renungkan bersama. Terima kasih!!!