Sunday, May 11, 2008

Urusetia @ Fasilitator

Perspektif Fasilitor KPerak Kidz Camp

Setiap program yang dijalankan, pasti memerlukan barisan pengurusan yang mantap dan efisyen. Biarpun bilangan urusetia hanya 10 orang sahaja. Namun, pihak pengurusan mampu melakukan yang terbaik untuk menjaga imej serta kualiti program ini.


Oh Ya!!! mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa itu urusetia dan apa pula fasilitator. Tiada bezanya pun. Kedua-duanya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama. Fasilitator lebih kepada "Pemudahcara". Setiap fasilitator mempunyai tugasan umum dah tugasan yang khusus bagi setiap kem yang dijalankan.

Siapakah fasilitator itu?

Barisan fasilitator ini, akan dilantik secara sambilan mengikut kem yang akan dijalankan. Fasilitator ini akan menjalani sesi temuduga dan akan menjalani proses induksi sebelum dibenarkan untuk menyertai pasukan pengurusan. Sasaran fasilitator ini, adalah daripada golongan graduan yang belum bekerja, serta penduduk kampung sekitar yang ingin membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga. Penekanan atau syarat untuk menyertai pasukan pengurusan Kem KPerak Kidz ini, mereka perlulah memiliki sekurang-kurangnya asas penggunaan komputer.

Sebelum Kem Bermula. Tugasan Fasilitator???

Fasilitator akan diminta untuk melapor diri 2 hari sebelum kem bermula. Mereka akan diberitahu mengenai perjalanan kem, disiplin serta pendekatan program ini secara langsung. Dalam masa tempoh 2 hari itu juga, fasilitator akan menyiapkan ruang pembelajaran atau lebih mudah dikatakan dengan "kelas komputer". Ruangan yang besar dan akan dilengkapi dengan peralatan komputer dan kemudahan internet untuk keselesaan pesertaa. Keadaan dalaman dan luaran dewan juga akan dihiasi dengan seni dekorasi yang menarik agar ia akan menarik serta menjadi suasana pembelajaran yang menyeronokkan!!!!!

Peranan fasilitator semasa Kem?

Setiap fasilitator akan dipertanggungjawab untuk setiap sekolah. Setiap sekolah yang menyertai akan dikawalselia malah peserta tersebut akan dibantu oeh fasilitator setiap masa. Setiap kali kem berlangsung, 10-15 orang fasilitator. Sebaik sahaja sesi pembelajaran ict selesai, fasilitator juga bertindak menjalankan aktiviti riadah serta LDK untuk peserta. Boleh dikatakan fasilitator = serba boleh. (Pelik tetapi Benar)