Saturday, May 10, 2008

Apa yang Diajar ?!?

KPerak INC Corporation menggalakan agar program yang dijalankan menggunakan Perisian Sumber Terbuka. Mungkin masih ada lagi, masyarakat atau golongan yang ada diluar sana masih tidak tahu mengenai kebaikan dan kegunaan sumber terbuka.

Peringkat permulaan, pihak KPerak memperenalkan Perisian Sumber Terbuka iaitu OpenOffice.org. Ia mengandungi aplikasi sepert OpenOffice.org Writer, OpenOffice.org Calc, OpenOffice.org Draw dan OpenOffice.org Impress.

Kini ia diteruskan lagi dengan penggunaan yang terbaru iaitu IBM Lotus Symphony. Perisian ini juga merupakan salah satu sumber terbuka.

APA itu SUMBER TERBUKA...

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

  • Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
  • Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
  • Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama

Definisi Sumber Terbuka

Pengenalan

Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Bebas Untuk Pengedaran Semula

Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu. 2. Kod Sumber

Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.

3. Sumber Kerja Asal

Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal. 4. Integriti Pencipta Kod Sumber

Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.

5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan

Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.

6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

7. Pengedaran Lesen

Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu. 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk

Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.

9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral

Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_bebas